Khamis, 11 Jun 2009

Selamat Singgah Blog Jom Ratah Ikan Sungai

Blog Pertama Restoran Ikan Sungai 1
Salam Sejahtera.
Alangkah baiknya, ramai peminat ikan sungai berkunjung ke restoran yang pertama seumpamanya, menyediakan hidangan tengah hari dan malam, masakan ikan-ikan sungai liar seperti ikan patin, kelah, temoleh, baung, terbuk dan segala jenis ikan sungai liar (bukan diternak dalam sangkar)!
Lebih menarik lagi, masakan yang disediakan oleh Chef Kamarul Arifin adik beradik dari Temerloh dari resipi tradisi keluarganya dalam hidangan gulai tempoyak, masak masam, asam pedas, lemak cili padi dan sebagainya.
Itulah impian saya yang yakin penggemar ikan sungai akan berkata menu yang disediakan, hebat dan memuaskan!
Ketika kali pertama, menjejaki di Restoran Ikan Sungai, saya sudah bersedia membandingkan masakannya dengan restoran lain yang turut menyediakan menu yang serupa!
Telahan saya, rupanya meleset. Saya mengakui menikmati makan tengah hari bersama selebriti popular seperti Ariel (naib juara AF7), Ismaliza (tempat kelima AF7) dan Zul 2By2 dengan penuh puas dan teringin untuk datang sekali lagi!
kepada kawan-kawan yang suka meratah ikan sungai, inilah masanya menunjukan tanda sokongan anda mengunjungi restoran yang terbaik bertaraf lima bintang di Lembah Kelang! Jom ratah ikan sungai, kawan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan