Khamis, 31 Disember 2009

Sejahtera Sepanjang Tahun Baru 2010


Salam sejahtera kepada semua rakan blog dan sahabat taulan…
Selamat menyambut 2010 disusuli gerhana bulan yang diharap dapat dirai kedatangan tahun harimau dengan berani dan melindungi anak genarasi masa depan.
Harapan saya agar dengan alaf 21 akan ceria dengan petunjukNya dan rasulNya serta orang beriman.

Selasa, 22 Disember 2009

Info Anda!


10 TAHUN LALU…
Peristiwa menarik sepanjang 1999

TABIR 2010 bakal menjelma beberapa hari lagi, meninggalkan deretan peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang 2009. Sebelum meninggalkan 2009, elok kita imbas kembali pelbagai peristiwa menarik yang meninggalkan kita 10 tahun lalu.

Apa yang berlaku sepuluh tahun lalu, disiarkam di bawah ini. Selamat datang Tahun 2010 yang juga mempunyai berbagai peristiwa berlaku sepuluh tahun lalu...

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad lancar duit syiling emas peringatan 2009 sempena kedatangan alaf baru yang mempunyai nilai muka RM500 setiap satu.

2. Rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo, Datuk Azhar Mansor. Beliau mula belayar 2 Februari 1999, sejauh 40,000km selama 190 hari. Beliau juga merupakan pelayar pertama menggunakan laluan Timur-Barat.

3. Penjelajahan Kutub Utara – 2 orang adik beradik, Justin Maurice Read dan Gerald Malcolm. Read merupakan anak Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Kutub Utara. Mereka tiba pada 19 April 1999 setelah berjalan sejauh 111km pada suhu -10 hingga -30 darjah celcius di bawah paras beku.

4. Penerjunan dari Menara Kuala Lumpur - Dua penerjun tempatan, Leftenan (B) A Aziz Ahmad dan Kapten (B) Abdul Rahmat Omar, mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama melakukan penerjunan Base dari ketinggian 300 meter di Menara Kuala Lumpur, pada 4 Oktober 1999.

5. Litar Antarabangsa Sepang - Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.

6. Penyelidikan di Antartika – Empat anak Malaysia jadi saintis pertama dunia berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999.

Mereka menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan pencemaran udara di Antartika dan kajian lapisan udara permukaan benua tersebut memandangkan kawasan tersebut mempunyai atmosfera paling bersih berbanding dengan tempat yang dipenghuni oleh manusia di dunia ini.

Antara yang terlibat adalah Prof Madya Dr Azizan Abu Samah, Prof Madya Dr Nik Mariam Sulaiman, Prof Madya Dr Nor saadah Abdu Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Radzi Abas.

7. Rosyam Nor, pelakon filem Lenjan menang anugerah Best Supporting Actor di 44th Asia Pacific Film Festival di Bangkok, Thailand, pada 21 hingga 27 November 1999. Inilah trofi tunggal dimenangi negara dalam festival ini.

8. Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 di Hotyel Syuen, Ipoh, Perak pada 5 November 1999. Anugerah Panca Delima menjadi milik Jogho sebagai filem terbaik, U-Wei (sutradara terbaik), Khalid Salleh (pelakon lelaki terbaik filem Jogho), Rosyam Nor (Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik filem Puteri Impian), Amy Mastura (pelakon wanita terbaik filem Puteri Impian), Aliah Lee (Pelakon pembantu wanita filem Bara), U-Wei (lakonlayar terbaik filem Jogho), Saari Amri (skor musik terbaik filem Lenjan), Eizlan Yusof (pelakon harapan lelaki terbaik Puteri Impian), Nasha Aziz (Pelakon harapan wanita terbaik filem Perempuan Melayu Terakhir), Ismail Yaakob (sutradara harapan filem Bara)

9. Siti Nurhaliza menang Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai, China.

10. Dayang Nurfaizah muncul dengan album solo pertamanya berjudul Dayang Nurfaizah terbitan NSR Records.

11. Dhalan Zainuddin menjadi artis pertama rakaman Sony Music muncul dengan album yang diterbitkan dalam bentuk CD. Album tersebut berjudul Diam-Diam Rindu.

Jumaat, 18 Disember 2009

Mesej PM



Ruh hijrah bertepatan idea 1Malaysia: PM

Datuk Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara.

"Kejayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan.

"Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian.

"Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

"Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya.

Najib berkata masyarakat negara ini harus berhijrah untuk sentiasa berprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan ataupun rakyat.

"Kita perlu mengurus kejayaan dan membina kekuatan ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini.

"Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif," katanya.

Perdana menteri berkata, formula yang mendasari kejayaan ini adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada konsep 'wasatiyah' (kesederhanaan) dengan menerima kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan.

"Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru," katanya.

Menurut Najib, semua kejayaan itu boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan sesama kepada perpaduan Satu Ummah.

Perdana menteri bekata bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah', sebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan.

"Khaira ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi.

"Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha membangun pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummah dapat dicapai dengan lebih berkesan," katanya.

Najib berkata konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

"Masyarakat di Madinah waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah," katanya. - BERNAMA

Khamis, 17 Disember 2009

Sedutan Akhbar!

Liyana Jasmay Jelas Isu Restoran Terlalu Mahal

PELAKON dan penyanyi Liyana Jasmay menafikan Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati yang didakwa menjual makanan terlalu mahal itu adalah miliknya.

Sebaliknya restoran yang terkenal dengan menu 10 jenis ikan sungai itu merupakan milik bapanya, Jasmay Shah, 56, yang diusahakan di bawah syarikat Besta Corporation Sdn Bhd sejak November 2008.

Oleh sebab itu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tidak layak untuk menjawab isu harga makanan yang dianggap mahal di restoran itu.

"Saya tidak layak memberikan komen kerana restoran itu tiada kena-mengena dengan saya. Jadi, saya tidak tahu kenapa harga makanan di restoran itu terlalu mahal.

"Tetapi saya memang tahu yang harga makanan di situ agak mahal. Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ...," jawab Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini.

Jelas Liyana, dia menganggap mungkin harga makanan di situ agak mahal kerana jenis ikan sungai yang digunakan.

"Saya sekeluarga memang penggemar ikan sungai. Kami pernah makan ikan sungai di sebuah restoran di Pahang. Harga makanan di restoran itu juga mahal kerana menggunakan ikan-ikan sungai yang segar.

"Walaupun harganya mahal, kami tetap berpuas hati kerana ikan itu memang sedap.

“Sama seperti restoran bapa saya, ia lebih menjual makanan Melayu kampung seperti ikan-ikan sungai segar yang jarang ada di setengah restoran lain.

“Lagipun restoran bapa saya bukan seperti gerai di tepi jalan,” kata pelakon filem Papadom ini.

Tambah penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta ini lagi, “Mungkin orang ingat makanan Melayu ni murah dan makanan barat adalah mahal.”

Dalam pada itu, ibu Liyana, Habsah Simpon, 52, yang lebih arif tentang restoran milik suaminya itu berkata harga makanan mahal disebabkan oleh kesukaran mendapatkan ikan-ikan sungai dari Sungai Pahang dan Sungai Perak itu.

“Ikan-ikan sungai ini merupakan ikan sungai liar yang segar dan bukannya ikan yang dibela dalam sangkar.

“Restoran itu dibuka untuk peminat-peminat ikan sungai. Antara ikan sungai yang boleh didapati di restoran ini adalah Ikan Nanas, Ikan Tengalan, Ikan Kerai dan Ikan Sebarau.

“Ikan Patin pun ada pelbagai jenis dan lebih mahal. Ikan lain yang mahal iaitu dicaj RM35 per 100gm untuk seorang makan seperti Ikan Tengalan, Ikan Sebarau dan Ikan Kerai,” jelas Habsah.

Walaupun mahal, namun restoran itu menjanjikan makanan yang sedap dan menyelerakan dengan menu istimewa seperti ikan masak asam, ikan masak tempoyak, ikan goreng, ikan bakar termasuk beberapa jenis masakan kampung yang lain oleh Chef Kamarul Arifin.

Chef Kamarul merupakan rakan baik selaku rakan kongsi perniagaan di restoran itu.

Di restoran itu juga terdapat poster gambar dan maklumat 10 jenis ikan sungai untuk tujuan pendidikan.

Restoran itu beroperasi pada waktu makan tengah hari iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang dan disambung semula pada pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam.

Restoran Ikan Sungai terletak di No.11, 2/C, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Ujar Habsah lagi, syarikat Besta Corporation telah beroperasi lebih 10 tahun lalu setelah suaminya mengambil alih syarikat itu. Syarikat itu juga membekalkan makanan di hospital-hospital. - oleh SITI AZIRA ABD AZIZ (mStarOnline)

Selasa, 8 Disember 2009

Keratan Akhbar!


Resipi Dapur Selebriti Edisi 1048 - Heliza AF5
Rendang Ayam Kampung Cili Padi @ Ila Sayang Ku

Terima kasih kepada Chef Kamarul Ariffin dari Restoran Ikan Sungai, Desa Melawati yang menyediakan resipi istimewa Rendang Ayam Kampung Cili Api @ Ila Sayangku, ini.
Dan tahniah kepada Restoran Ikan Sungai yang menyambut ulang tahun pertama awal Disember lalu.
Kini sepanjang Disember, promosi makan ikan sungai diadakan dengan harga istimewa kepada semua pengunjung.
Selamat meratah ikan sungai liar, satu-satunya di restoran menyajikan hidangan masakan kampung berasaskan ikan sungai.

Menu Istimewa!











Rendang ayam kampung cili padi, Air Kundur Sira Melaka




Buka Selera Pengunjung




Selain masakan asam pedas atau masa tempoyak ikan sungai, hidang seperti rendang ayam kampung cili pidi turut disediakan.




Demi pemintaan pengunjung juga disedikan pencuci mulut istimewa Air Kundur Sira Melaka atau cubalah kuah duriah dan roti jala.




Semua yang dihidangkan di Restoran Ikan Sungai, memang berbeza setiap hari.




Ini Kerana sepanjang Disember, sambutan ulang tahun pertama restoran ini, menawarkan pakej harga yang sungguh menakjubkan!




Hanya selama sebulan, promosi ini diadakan dan jangan abaikan keenakan masakan ikan sungai liar yang sukar ditemui di mana-mana restoran kecuali di sini!




Jom Ratah Ikan Sungai! Memang Terkata Lazatnya...

Khamis, 26 November 2009

Ucapan!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...


Pada semua muslimin dan muslimat,semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.

Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama,bangsa dan negara.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami, chef dan staf restoran ikan sungai serta kru blogspot.com

Rabu, 26 Ogos 2009

Jom singgah berbuka puasa







JULUNG kali penggemar ikan sungai segar kini dapat menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan di Restoran Ikan Sungai.
Chef Kamarul Ariffin Hamzah, 33 bersama kakaknya, Chef Hamizatun, 35 dan adiknya, Chef Hishamuddin, 31, bersedia melayani tempahan pengunjung selain menyediakan hidangan pencuci mulut buffet harian yang istimewa.
Antara menu hidangan pencuci mulut ialah setiap hari dua jeni bubur disediakan seperti bubur kacang, pengat pisang, pengat keledek, bubur jagung, bubur pulut hitam, pengat durian, dan tidak ketinggalan bubur lambuk yang dimasak menggunakan resipi khas.
“Ini antara yang disediakan setiap hari dan bertukar setiap hari,” kata Chef Kamarul.
Chef Kamarul Ariffin berasal dari Temerloh, berbangga kerana dapat meneruskan resipi turun temurun diperolehi daripada Allahyarham bapa mereka, Hamzah Kanin yang mengusahakan kedai makan di bandar ikan patin itu, suatu masa dulu.
Restoran Ikan Sungai yang diusahakan Besta Corporation, eksklusif kerana menyajikan hidangan berkonsepkan makanan kampung.
“Selain koleksi bubur dan pengat, pengunjung dijamu denagn pilihan kih-muih tradisi Melayu seperti lompat tikam, tapai pulut, tapai ibu Rozita si jantung hati, dodol kukus, badak berendam dan kuih sira.
“Menu ini juga berubah setiap hari dan tambahan RM10 untuk menikmati juadah buffet ini, berbaloi dengan menikmati hidangan utamanya, masakan tradisi seperti masak tempoyak ikan patin, masak asam pedas ikan baung, masak lemak cili padi cendawan sisir, ikan baker Kerai, ikan goring temoleh dan sebagainya,” kata Chef Kamarul lagi.
Sajian lain yang mampu membuat pengunjung kecur air liur ialah sayur kampung seperti gulai lemak batang keladi, pucuk ubi masak tempoyak, gulai lemak rebung, gulai lemak kulat sisir, acara rempah asli, gulai nangka tumis darat dan gulai lemak nangka dihidangkan bersama ikan sungai yang baru dimasak.
Kamarul berkata, tidak ketinggalan, ulam seperti pucuk ubi, ulam raja, daun selom, tenggek burung, petai, jering, pegaga dihidangkan satu set bersama sambal belacan, air asam dan sambal tempoyak.
Jom apa lagi, moh kita ke Restoran Ikan Sungai, di Desa Melawati menikmati hidangan berbuka puasa dengan sajian hebat serta dijanjikan segala kepuasan semestinya datang dari dapur Chef Kamarul Arffin adik beradik.

Jom Berbuka Puasa




Resipi Ikan Kerai Bakar Chef Kamarul

Restoran Ikan Sungai, Desa Melawati

Bahan-bahannya:
Seekor ikan Kerai
Sedikit garam
Asam limau
Asam Jawa
Kunyit
Bawang
Buah tomato
Cili api
dan sedikit belacan.

Cara membuatnya:
Cuci dengan bersih ian tersebut kemudian gaul dengan sedikit garam dan asam limau. Kemudian bilas dan toskan. Bakar atas arang atau boleh juga menggunakan dapur gas. Ikan tersebut hendaklah disalut dengan kertas aluminium atau daun pisang, supaya isi ikan tersebut tidak terlerai selain mengekalkan aroma ikan tersebut.

Cara menyediakan air asam:
Hiris bawang, cili api, tomato. Gaulkan dengan air asam jawa dan belacan yang dibakar dan sedikit garam. Selepas itu bolehlah dihidangkan kepada tetamu yang mengunjung ke rumah anda pada bulan Ramadan.

Ahad, 26 Julai 2009

Dekorasi makan yang simple











JIKA anda pernah singgah ke Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati, pasti anda terkejut kerana dekorasi restoran ini, simple dan hanya sekadar dapat memuatkan 40 orang untuk satu sesi lunch atau dinner.
Memang sedikit tetapi cukup selesa bagi pengunjung mahukan suasana tenang dan rilaks. Kata Chef Kamarul Ariffin, Ketua Chef Restoran Ikan Sungai, kualiti masakan yang dihidangkan lebih dititikberat. Namun tidak bermakna, dekorasinya juga diabaikan!
Lihatlah gambar yang dipaparkan, meja dan kerusi daripada buatan kayu jati yang mempunyai kemasan yang baik, dinding restoran dihiasi dengan gambar iklan sungai yang tidak pernah anda tahu dan mengenalinya.
Selebihnya, layanan mesra pekerja yang sentiasa senyum dan menyenangkan hati! Tahniah kepada trio Chef di Restoran Ikan Sungai yang menyajikan, masakan enak dan lazat.

Ahad, 19 Julai 2009

Empat menu jadi pilihan pelanggan

Tapai Ubi Special



Sambal Tumis Petai






Pekasam Ikan Sungai



Ikan Sepat Masin Goreng
Salam sejahtera.
Minggu ini Chef Kamarul Ariffin menyediakan empat lagi menu yang biasa aje tetapi selepas menjamunya anda pasti mengakui resipi juadah tersebut, lazat dan membuka selera.
Empat resipi yang kini menjadi pilihan ramai pengunjung di Restoran Ikan Sungai ialah Sambal Tumis Petai, Sambal Janda Kaya, Pekasam Ikan Sungai, Ikan Sepat Masin Goreng dan menu pencuci mulut, Tapai Ubi Special.
Jadi, jika anda ingin mencuba hidangan yang disediakan, mohlah ramai-ramai berkunjung ke Restoran Ikan Sungai. Anda pasti, pulang dengan penuh perasaan teruja dan terbayang-bayang enaknya menikmati makanan di sisni.
Jom, apa lagi nak tunggu...

Khamis, 16 Julai 2009

Menu Lazat Minggu Ini!


Dari Dapur Chef Kamarul Ariffin
Restoran Ikan Sungai


IKAN BAUNG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:
• 500 gm ikan baung
• 200 gm cili api hijau-dikisar
• 200 gm bawang besar-dikisar
• 1 inci kunyit hidup-dikisar
• 500 gm santan pekat
• 5 batang serai-diketuk
• 2 helai daun kunyit-disiat
• 5 helai daun limau purut
• 3 keping asam gelugur
• Garam

CARA MEMBUATNYA:
1-Kesemua bahan disatukan di dalam periuk berserta sedikit air.
2-Masak dan tunggu sehingga mendidih.
3-Sedia untuk dihidang.

Menu Istimewa minggu ini!


Dari Dapur Chef Kamarul Arifin,
Restoran Ikan Sungai


UDANG GALAH BERLADA


BAHAN UDANG:
• 500 gm udang galah
• Kunyit
• Garam

BAHAN KISAR:
• 100 cili merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 labu bawang besar
• Garam
• Ajinamoto
• Sos cili

CARA MEMBUATNYA:
1-Gaulkan udang bersama garam serta kunyit dan gorengkan.
2-Tumiskan bahan yang dikisar.
3-Masukkan garam dan ajinamoto serta satu sudu sos cili. Sedia untuk dihidang.

Dari Dapur Restoran Ikan Sungai 2


Resipi Istimewa Chef Kamarul




IKAN BAKAR KUNYIT

BAHAN IKAN:
• 500 gm ikan kerai

BAHAN REMPAH:
• 100 gm bawang
• 100 gm halia
• 100 gm lengkuas
• 1 inci kunyit

CARA MEMBUATNYA:
1-Kesemua bahan rempah dicarik dan ditumbuk halus.
2-Setelah itu, lumurkan bahan tersebut pada ke seluruh ikan.
3-Biarkan seketika dan bakar sehingga masak.

Resipi Popular!


Bersama Chef Kamarul Ariffin

dari dapur Restoran Ikan Sungai

IKAN PATIN TEMPOYAK


BAHAN:
• 250 gm ikan patin
• 200 gm cili api merah-dikisar
• 200 gm bawang besar-dikisar
• 300 gm tempoyak
• 1 inci kunyit hidup
• 2 helai daun kunyit-disiat
• 1 kuntum bunga kantan-dihiris
• 10 batang serai-diketuk
• 50 gm asam gelugur
• Garam

CARA MEMBUATNYA:
1-Campurkan kesemua bahan kecuali ikan patin dan garam berserta air secukupnya ke dalam periuk.
2-Masakkan di atas yang sederhana sehingga mendidih.
3-Setelah itu, masukkan ikan patin dan garam secukup rasa ke dalamnya serta kacau perlahan-lahan. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 16 Jun 2009

Promosi!

Keterangan gambar: Isyarat bagus! Chef Kamarul Arifin bersama Sdr Zaini Zaa, wartawan akhbar Mingguan Warta Perdana, menikmati masakan tempoyak Ikan Baung.


Jom Makan Ikan Sungai!
SEPANJANG Jun ini, Restoran Ikan Sungai mengadakan promosi istimewa Jom Makan Ikan Sungai.
Terdapat dua set hidangan disediakan. Set keluarga (dua orang dewasa, dua kanak-kanak) berharga RM85 dihidangkan dengan masakan Ikan Patin Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Temoleh atau Kerai goreng, dua jenis sayur, tiga jenis ulam beserta sambal belacan atau tempoyak.
Set ini juga menyediakan minuman istimewa sejag sirap soda selasih serta pencuci mulut. Nilai harga asal hidangan ini ialah RM110 dan sekaligus menjimatkan wang anda sebanyak RM25! Untungkan...
Bagi yang datang bersendirian, elok sahaja menikmati set '2 dalam 1' berharga RM45. Harga set ini pada asalnya ialah RM60 (anda sudahpun dapat berjimat RM15) dan pastinya berbaloi kerana anda dapat menikmati Ikan Baung Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Sebarau atau Terbul goreng, sayur sertu ulam tiga jenis selain sambal belacan dan pencuci mulut. Tidak dilupakan, air mineral.
Pastikan anda sekeluarga tidak terlepas mengunjungi Restoran Ikan Sungai yang terletak di Desa Melawati pada hari-hari biasa atau pada hujung minggu dengan layanan mesra dari ketua tukang masak, Chef Kamarul Arifin bersama adik-adiknya.
Restoran ini menerima kunjungan pelanggan setiap hari mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang. Jika anda ingin menikmati makan malam, restoran ini dibuka pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Selamat menjamu selera bersama keluarga dan sahabat handai.

Sabtu, 13 Jun 2009

Peraduan!

Jom sertai Peraduan Kenali Ikan Sungai
Restoran Ikan Sungai dengan kerjasama akhbar Mingguan Warta Perdana, telah mengadakan Peraduan Kenali Ikan Sungai bermula sejak empat minggu lalu.
Peraduan ini yang menyediakan hadiah berupa baucer bernilai RM400.00 kini terus mendapat sambutan hangat dari pembaca seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dapatkan naskah akhbar ini di pasaran setiap ahad!
Bagi yang belum menyertai peraduan ini, jangan bimbang. Peraduan ini akan diadakan selama dua bulan dan ditambah sebulan lagi yang akan berakhir awal Ogos depan, Insya-Allah.
Mengenai penerbitan akhbar ini, Mingguan Warta Perdana kini sudah memasuki tahun Ke-21, Ogos ini, mudah diperolehi di dalam dan luar negara seperti di Singapura dan Negara Brunei Darussalam.
Selamat menyertai peraduan ini.

Khamis, 11 Jun 2009

Aksi!











Memang best!
Hati mana tak bangga jika isyarat bagus dari pelajar AF7, Areil Pilus dan Ismaliza serta Zul 2By2 yang memuji masakan favorite mereka saperti masak tempoyak ikan patin, ikan baung, cendawan sisir cili padi dan ikan keli goreng, di Restoran Ikan Sungai, luarbiasa sedapnya!
Chef Kamarul gembira kerana berjaya memenuhi selera bintang AF7 seperti impian Areil yang mengidam makan ikan keli liar goren. Beliau berharap mereka sudi datang lagi ke restoran ini pada masa hadapan.
Tahniah Chef!




Jom Singgah!


Chef Kamarul rai pengunjung di Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati
SELAMAT DATANG. Itulah kata-kata aluan oleh Chef Kamarul Arifin bersama adik beradiknya, di gerbang restoran yang terletak di Desa Melawati. Kunjungan penggemar 'kaki ratah ikan sungai' dirai dengan mesra dan dilayan dengan tertib.
Datanglah bersama keluarga, anda tentu berpuas hati, itulah kata Chef Kamarul yang yakin menu yang disediakan adalah yang terbaik!
Restoran ini juga pernah dikunjungi bintang AF7, seperti Areil Pilus dan Ismaliza. Dua peserta final AF7 ini, mengakui menikmati makan di restoran ini, sesuatu yang sukar dilupakan dan menyifatkan hidangan yang disediakan pada hari itu, hebat dan lazat.
"Saya suka masakan ikan patin gulai tempoyak," kata Ismaliza, yang turut ditemani suaminya, Zul 2By2.




Selamat Singgah Blog Jom Ratah Ikan Sungai

Blog Pertama Restoran Ikan Sungai 1
Salam Sejahtera.
Alangkah baiknya, ramai peminat ikan sungai berkunjung ke restoran yang pertama seumpamanya, menyediakan hidangan tengah hari dan malam, masakan ikan-ikan sungai liar seperti ikan patin, kelah, temoleh, baung, terbuk dan segala jenis ikan sungai liar (bukan diternak dalam sangkar)!
Lebih menarik lagi, masakan yang disediakan oleh Chef Kamarul Arifin adik beradik dari Temerloh dari resipi tradisi keluarganya dalam hidangan gulai tempoyak, masak masam, asam pedas, lemak cili padi dan sebagainya.
Itulah impian saya yang yakin penggemar ikan sungai akan berkata menu yang disediakan, hebat dan memuaskan!
Ketika kali pertama, menjejaki di Restoran Ikan Sungai, saya sudah bersedia membandingkan masakannya dengan restoran lain yang turut menyediakan menu yang serupa!
Telahan saya, rupanya meleset. Saya mengakui menikmati makan tengah hari bersama selebriti popular seperti Ariel (naib juara AF7), Ismaliza (tempat kelima AF7) dan Zul 2By2 dengan penuh puas dan teringin untuk datang sekali lagi!
kepada kawan-kawan yang suka meratah ikan sungai, inilah masanya menunjukan tanda sokongan anda mengunjungi restoran yang terbaik bertaraf lima bintang di Lembah Kelang! Jom ratah ikan sungai, kawan!