Selasa, 16 Jun 2009

Promosi!

Keterangan gambar: Isyarat bagus! Chef Kamarul Arifin bersama Sdr Zaini Zaa, wartawan akhbar Mingguan Warta Perdana, menikmati masakan tempoyak Ikan Baung.


Jom Makan Ikan Sungai!
SEPANJANG Jun ini, Restoran Ikan Sungai mengadakan promosi istimewa Jom Makan Ikan Sungai.
Terdapat dua set hidangan disediakan. Set keluarga (dua orang dewasa, dua kanak-kanak) berharga RM85 dihidangkan dengan masakan Ikan Patin Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Temoleh atau Kerai goreng, dua jenis sayur, tiga jenis ulam beserta sambal belacan atau tempoyak.
Set ini juga menyediakan minuman istimewa sejag sirap soda selasih serta pencuci mulut. Nilai harga asal hidangan ini ialah RM110 dan sekaligus menjimatkan wang anda sebanyak RM25! Untungkan...
Bagi yang datang bersendirian, elok sahaja menikmati set '2 dalam 1' berharga RM45. Harga set ini pada asalnya ialah RM60 (anda sudahpun dapat berjimat RM15) dan pastinya berbaloi kerana anda dapat menikmati Ikan Baung Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Sebarau atau Terbul goreng, sayur sertu ulam tiga jenis selain sambal belacan dan pencuci mulut. Tidak dilupakan, air mineral.
Pastikan anda sekeluarga tidak terlepas mengunjungi Restoran Ikan Sungai yang terletak di Desa Melawati pada hari-hari biasa atau pada hujung minggu dengan layanan mesra dari ketua tukang masak, Chef Kamarul Arifin bersama adik-adiknya.
Restoran ini menerima kunjungan pelanggan setiap hari mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang. Jika anda ingin menikmati makan malam, restoran ini dibuka pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Selamat menjamu selera bersama keluarga dan sahabat handai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan