Rabu, 26 Ogos 2009

Jom singgah berbuka puasa







JULUNG kali penggemar ikan sungai segar kini dapat menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan di Restoran Ikan Sungai.
Chef Kamarul Ariffin Hamzah, 33 bersama kakaknya, Chef Hamizatun, 35 dan adiknya, Chef Hishamuddin, 31, bersedia melayani tempahan pengunjung selain menyediakan hidangan pencuci mulut buffet harian yang istimewa.
Antara menu hidangan pencuci mulut ialah setiap hari dua jeni bubur disediakan seperti bubur kacang, pengat pisang, pengat keledek, bubur jagung, bubur pulut hitam, pengat durian, dan tidak ketinggalan bubur lambuk yang dimasak menggunakan resipi khas.
“Ini antara yang disediakan setiap hari dan bertukar setiap hari,” kata Chef Kamarul.
Chef Kamarul Ariffin berasal dari Temerloh, berbangga kerana dapat meneruskan resipi turun temurun diperolehi daripada Allahyarham bapa mereka, Hamzah Kanin yang mengusahakan kedai makan di bandar ikan patin itu, suatu masa dulu.
Restoran Ikan Sungai yang diusahakan Besta Corporation, eksklusif kerana menyajikan hidangan berkonsepkan makanan kampung.
“Selain koleksi bubur dan pengat, pengunjung dijamu denagn pilihan kih-muih tradisi Melayu seperti lompat tikam, tapai pulut, tapai ibu Rozita si jantung hati, dodol kukus, badak berendam dan kuih sira.
“Menu ini juga berubah setiap hari dan tambahan RM10 untuk menikmati juadah buffet ini, berbaloi dengan menikmati hidangan utamanya, masakan tradisi seperti masak tempoyak ikan patin, masak asam pedas ikan baung, masak lemak cili padi cendawan sisir, ikan baker Kerai, ikan goring temoleh dan sebagainya,” kata Chef Kamarul lagi.
Sajian lain yang mampu membuat pengunjung kecur air liur ialah sayur kampung seperti gulai lemak batang keladi, pucuk ubi masak tempoyak, gulai lemak rebung, gulai lemak kulat sisir, acara rempah asli, gulai nangka tumis darat dan gulai lemak nangka dihidangkan bersama ikan sungai yang baru dimasak.
Kamarul berkata, tidak ketinggalan, ulam seperti pucuk ubi, ulam raja, daun selom, tenggek burung, petai, jering, pegaga dihidangkan satu set bersama sambal belacan, air asam dan sambal tempoyak.
Jom apa lagi, moh kita ke Restoran Ikan Sungai, di Desa Melawati menikmati hidangan berbuka puasa dengan sajian hebat serta dijanjikan segala kepuasan semestinya datang dari dapur Chef Kamarul Arffin adik beradik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan