Ahad, 26 Julai 2009

Dekorasi makan yang simple











JIKA anda pernah singgah ke Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati, pasti anda terkejut kerana dekorasi restoran ini, simple dan hanya sekadar dapat memuatkan 40 orang untuk satu sesi lunch atau dinner.
Memang sedikit tetapi cukup selesa bagi pengunjung mahukan suasana tenang dan rilaks. Kata Chef Kamarul Ariffin, Ketua Chef Restoran Ikan Sungai, kualiti masakan yang dihidangkan lebih dititikberat. Namun tidak bermakna, dekorasinya juga diabaikan!
Lihatlah gambar yang dipaparkan, meja dan kerusi daripada buatan kayu jati yang mempunyai kemasan yang baik, dinding restoran dihiasi dengan gambar iklan sungai yang tidak pernah anda tahu dan mengenalinya.
Selebihnya, layanan mesra pekerja yang sentiasa senyum dan menyenangkan hati! Tahniah kepada trio Chef di Restoran Ikan Sungai yang menyajikan, masakan enak dan lazat.

Ahad, 19 Julai 2009

Empat menu jadi pilihan pelanggan

Tapai Ubi Special



Sambal Tumis Petai






Pekasam Ikan Sungai



Ikan Sepat Masin Goreng
Salam sejahtera.
Minggu ini Chef Kamarul Ariffin menyediakan empat lagi menu yang biasa aje tetapi selepas menjamunya anda pasti mengakui resipi juadah tersebut, lazat dan membuka selera.
Empat resipi yang kini menjadi pilihan ramai pengunjung di Restoran Ikan Sungai ialah Sambal Tumis Petai, Sambal Janda Kaya, Pekasam Ikan Sungai, Ikan Sepat Masin Goreng dan menu pencuci mulut, Tapai Ubi Special.
Jadi, jika anda ingin mencuba hidangan yang disediakan, mohlah ramai-ramai berkunjung ke Restoran Ikan Sungai. Anda pasti, pulang dengan penuh perasaan teruja dan terbayang-bayang enaknya menikmati makanan di sisni.
Jom, apa lagi nak tunggu...

Khamis, 16 Julai 2009

Menu Lazat Minggu Ini!


Dari Dapur Chef Kamarul Ariffin
Restoran Ikan Sungai


IKAN BAUNG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:
• 500 gm ikan baung
• 200 gm cili api hijau-dikisar
• 200 gm bawang besar-dikisar
• 1 inci kunyit hidup-dikisar
• 500 gm santan pekat
• 5 batang serai-diketuk
• 2 helai daun kunyit-disiat
• 5 helai daun limau purut
• 3 keping asam gelugur
• Garam

CARA MEMBUATNYA:
1-Kesemua bahan disatukan di dalam periuk berserta sedikit air.
2-Masak dan tunggu sehingga mendidih.
3-Sedia untuk dihidang.

Menu Istimewa minggu ini!


Dari Dapur Chef Kamarul Arifin,
Restoran Ikan Sungai


UDANG GALAH BERLADA


BAHAN UDANG:
• 500 gm udang galah
• Kunyit
• Garam

BAHAN KISAR:
• 100 cili merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 labu bawang besar
• Garam
• Ajinamoto
• Sos cili

CARA MEMBUATNYA:
1-Gaulkan udang bersama garam serta kunyit dan gorengkan.
2-Tumiskan bahan yang dikisar.
3-Masukkan garam dan ajinamoto serta satu sudu sos cili. Sedia untuk dihidang.

Dari Dapur Restoran Ikan Sungai 2


Resipi Istimewa Chef Kamarul




IKAN BAKAR KUNYIT

BAHAN IKAN:
• 500 gm ikan kerai

BAHAN REMPAH:
• 100 gm bawang
• 100 gm halia
• 100 gm lengkuas
• 1 inci kunyit

CARA MEMBUATNYA:
1-Kesemua bahan rempah dicarik dan ditumbuk halus.
2-Setelah itu, lumurkan bahan tersebut pada ke seluruh ikan.
3-Biarkan seketika dan bakar sehingga masak.

Resipi Popular!


Bersama Chef Kamarul Ariffin

dari dapur Restoran Ikan Sungai

IKAN PATIN TEMPOYAK


BAHAN:
• 250 gm ikan patin
• 200 gm cili api merah-dikisar
• 200 gm bawang besar-dikisar
• 300 gm tempoyak
• 1 inci kunyit hidup
• 2 helai daun kunyit-disiat
• 1 kuntum bunga kantan-dihiris
• 10 batang serai-diketuk
• 50 gm asam gelugur
• Garam

CARA MEMBUATNYA:
1-Campurkan kesemua bahan kecuali ikan patin dan garam berserta air secukupnya ke dalam periuk.
2-Masakkan di atas yang sederhana sehingga mendidih.
3-Setelah itu, masukkan ikan patin dan garam secukup rasa ke dalamnya serta kacau perlahan-lahan. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 16 Jun 2009

Promosi!

Keterangan gambar: Isyarat bagus! Chef Kamarul Arifin bersama Sdr Zaini Zaa, wartawan akhbar Mingguan Warta Perdana, menikmati masakan tempoyak Ikan Baung.


Jom Makan Ikan Sungai!
SEPANJANG Jun ini, Restoran Ikan Sungai mengadakan promosi istimewa Jom Makan Ikan Sungai.
Terdapat dua set hidangan disediakan. Set keluarga (dua orang dewasa, dua kanak-kanak) berharga RM85 dihidangkan dengan masakan Ikan Patin Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Temoleh atau Kerai goreng, dua jenis sayur, tiga jenis ulam beserta sambal belacan atau tempoyak.
Set ini juga menyediakan minuman istimewa sejag sirap soda selasih serta pencuci mulut. Nilai harga asal hidangan ini ialah RM110 dan sekaligus menjimatkan wang anda sebanyak RM25! Untungkan...
Bagi yang datang bersendirian, elok sahaja menikmati set '2 dalam 1' berharga RM45. Harga set ini pada asalnya ialah RM60 (anda sudahpun dapat berjimat RM15) dan pastinya berbaloi kerana anda dapat menikmati Ikan Baung Masak Masam atau gulai tempoyak, Ikan Sebarau atau Terbul goreng, sayur sertu ulam tiga jenis selain sambal belacan dan pencuci mulut. Tidak dilupakan, air mineral.
Pastikan anda sekeluarga tidak terlepas mengunjungi Restoran Ikan Sungai yang terletak di Desa Melawati pada hari-hari biasa atau pada hujung minggu dengan layanan mesra dari ketua tukang masak, Chef Kamarul Arifin bersama adik-adiknya.
Restoran ini menerima kunjungan pelanggan setiap hari mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang. Jika anda ingin menikmati makan malam, restoran ini dibuka pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Selamat menjamu selera bersama keluarga dan sahabat handai.